Wednesday 2 March 2011

Buku Kelestarian Sistem Pendidikan Bersepadu- Model Pusat Pendidkan Al-Amin

Buku kecil ini menghimpunkan beberapa artikel yang memberi pandangan dan pengalaman dalam sistem pendidikan Islam.  Pengalaman menguruskan sebuah sekolah swasta yang memperkasakan sistem pendidikan bersepadu dikongsi dalam penulisan ini.  Penulis-penulis ini adalah terdiri daripada guru, pengetua, guru besar dan ahli-ahli lembaga Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) dan PIBG.

Penulisan ini diharap dapat mewarnai lagi penulisan sedia ada dalam aspek pendidikan.  Ianya dituju kepada mereka yang meminati pendidikan Islam, pengusaha sekolah, ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendalami pengetahuan sistem pendidikan bersepadu yang dipraktikkan.

Artikel yang dituliskan adalah hasil pengalaman kami di Pusat Pendidikan Al-Amin dan terbahagi kepada sistem pendidikan, kurikulum, perlaksanaan, pengurusan dan kewangan.  Penulisan sebegini adalah julung-julung kali diterbitkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di bawah Jawatankuasa JIM Media dan saya bagi pihak PPAA amat berharap kesinambungan penulisan topik sebegini tidak akan terhenti di sini sahaja. Penerbitan ini amat bertepatan juga sempena sambutan 25 tahun – Jubli Perak bagi sekolah PPAA pada tahun 2011. Buku ini juga boleh didapati di pejabat sekolah Al-Amin dengan harga RM20 senaskah.


No comments:

Post a Comment