Wednesday 22 February 2012

Hadiah Kecemerlangan untuk guru dan staf PPAA diperuntukkan oleh Tabung Yayasan Al-Amin

Makan Malam sempena Karnival 25 tahun Al-Amin pada 26 Disember 2011 telah diadakan di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur telah dihadiri oleh tetamu kehormat Presiden IKRAM, Ustaz Dr Parid Sheikh Ahmad dan JK Pusat IKRAM yang lain.  Makan malam ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran mereka yang terdahulu yang telah memberi sumbangan bermakna kepada sistem pendidikan Al-Amin. Sesi forum juga diadakan yang telah memperlihatkan Ustaz Alias Othman, YB Saari Sungib (Abu Urwah) dan Ustazah Arpah sebagai mereka yang telah memulakan sistem pendidikan bersepadu ini.

Kemudian guru-guru dan staf PPAA telah diberikan hadiah kecemerlangan bagi mereka yg terpilih dan kepada semua diberikan sedikit saguhati. Semuanya berupa wang tunai yang diperuntukkan oleh Tabung Yayasan Al-Amin.  Diharap guru dan staf PPAA yang telah lama berkhidmat dengan PPAA akan terus dengan sekolah PPAA. Tanpa mereka sudah pasti PPAA sukar untuk bertahan sehinggan 25 tahun pada 2011.