Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sentiasa mengambil berat tentang pendidikan terutama dalam pembentukan generasi salih wa muslih yang menjadi matlamat utama kami. Sistem pendidikan Islam bersepadu yang dipraktikkan oleh Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) menjadi satu model sistem pendidikan yang menggabungkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan disepadukan dengan sistem pendidikan Islam yang dibangunkan oleh Pusat Pendidikan Al-Amin. Pendekatan sistem pendidikan Islam yang dipraktikkan telah wujud sejak lebih kurang 25 tahun yang lalu. JIM sentiasa hendak memasyarakatkan sistem pendidikan bersepadu supaya ramai lagi yang mendapat kemenafaatannya. Sistem pendidikan yang disediakan tidak berbentuk komersial tetapi lebih memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan yang mampu dinikmati oleh masyarakat umum.
Tuan Hj Zaid bin Kamarudin
Presiden
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)