Friday 25 February 2011

Temasya Sukan Al-Amin

Assalamualaikum,

Ibu bapa Al-Amin yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan program seperti di atas akan diadakan mengikut maklumat di bawah :

Program : Temasya Sukan Al-Amin
Tarikh : 5hb. Mac 2011 (sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Stadium UIAM
Perasmi : Ikon Sukan Negara - Sdr. Nor Azlan Bakar (bekas Pemain Hoki Kebangsaan)

Peserta : Murid SMI (600 org), Murid SRIAAG (700 org) dan murid SRIAAKL (700 org)

Maklumat lanjut adalah seperti dalam kertas kerja konsep yang dilampirkan.

Berikut pula adalah senarai bantuan yang diperlukan dari ibu bapa ;

1. PA System yang mantap dan berkualiti - mohon sebut harga yg bersesuaian dari syarikat. tolong maklumkan/rekomen kpd sekolah.

2. Khidmat MC yg mempunyai ciri-ciri seorang DJ, kreatif, menghiburkan dan menggamatkan suasana - sukarelawan diperlukan.

3. Rakaman video dan jurugambar - mohon sebut harga dan kos yang diperlukan. maklum dan rekomenkan ke sekolah.

4. Gimik Perasmian - sebut harga bagi belon udara, letupan kertas/riben, patung angin..

5. Khidmat pegawai perubatan, 2 orang (1L dan 1P) - sukarelawan diperlukan.

Jika masih ingin membantu, sumbangan kewangan bagi tujuan di atas amat dialu-alukan. sila hubungi saya secara personal jika berminat.

Temasya ini tidak memberi peluang kpd semua murid menyertai acara yang dipertandingkan. Semua murid diperlukan bagi acara perbarisan, perarakan, nyanyian lagu dan persembahan.

Gerai makanan dan minuman disediakan.

Jualan cenderahati seperti payung, buku nota, pen, key chain Al-Amin juga diadakan.

tabung derma bagi memulakan projek dana al-amin akan dilancarkan.

Selepas acara perbarisan, murid2 yg tidak mengambil bahagian dibenarkan pulang...jika terus tunggu lagi baik dan meriah.

Padang meletak kereta dijangka tidak mencukupi. Sila ikut arahan papan tanda dan pegawai RELA yang bertugas. Kawasan parking yg kosong mungkin jauh sikit dari stadium, 5-10 minit berjalan kaki menambahkan kesihatan anda semua.

Itu sahaja setakat ini, info lanjut akan diposkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas kerjasama semua.
Sekian, wassalam.