Friday 11 March 2011

Alumni Giving Back: Sumbangan 100K Alumni Al-Amin

Bagi menjayakan tujuan ini, pihak Alumni Al-Amin telah mensasarkan kutipan dana keseluruhan sebanyak RM100,000.00 yang mana sumbangan minimum sebanyak RM100.00 dipohon daripada setiap warga Alumni. Untuk makluman, 16 generasi telah tamat pembelajaran di Al-Amin setakat Disember 2010.

Segala sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:

No akaun: 14162010002551
Nama akaun: Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Bank: BIMB Cawangan UIA

Harap dapat emailkan slip bank kepada penyelaras di alamat abu_itqan@yahoo.com beserta nama pemberi sumbangan dan no. telefon untuk tujuan pemantauan rekod sumbangan daripada pihak Alumni.

Terima kasih.

-WaN aM-
Penyelaras Kutipan Sumbangan 100K Alumni Al-Amin
Generasi ke-4 Al-Amin
012-6615745

 p/s - Mohon bantuan ibu bapa sekalian untuk memaklumkan perkara ini kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang pernah menuntut di Pusat Pendidikan Al-Amin.

Thursday 10 March 2011

Status Pencapaian Dana RM1,111,111.11 pada 11.11.11



Dana RM1,111,111.11 pada 11.11.11 setakat 7 Mac 2011.
1. Kutipan Temasya Sukan : RM3,964.80 dan 20.00 pound Mesir
2. Kutipan semasa SeRI-25, Ceramah Tarbiayatul Aulad : RM425.00
   Sesi peRkongsian Ilmu SeRI-25 diuruskan oleh Puan Noriah Idris, Pengerusi JK Pendidikan IKRAM Gombak 
   Program kerjasama antara PPAA, JK IKRAM Gombak, JK IKRAM Ampang Jaya, PIBG SMIAA, PIBG SRIAAG dan PIBG SRIAAKL


Jumlah Kutipan : RM4,389.80
Pencapaian: 0.39%
BakiRM 1,106,721.31 

Jom tambah lagi kutipan ini...

Dana untuk mengisi tabung Yayasan Al-Amin - membantu kebajikan, pembelajaran serta pengajaran murid/pelajar di PPAA

Teruskan beri sokongan dengan membeli kenangan ini:
1.    Cenderahati sambutan 25 tahun – payung, pen, badge, dll
2.    Buku Kelestarian Sistem Pendidikan Bersepadu – Model Pendidikan Al-Amin
Boleh dapatkan di sekolah.

Perkembangan sambutan 25 tahun AA diteruskan di


Sekali lagi, ucapan jazakallahu khairum buat semua yang sudi memberi sumbangan dalam semua aspek. 
Moga Allah merahmati kita semua.



Friday 4 March 2011

Aktiviti Sambutan 25 Tahun AA

Temasya Sukan AA

Tarikh: Sabtu, 5 Mac 2011
Tempat: Stadium UIA
Masa: 7.30 pagi – 1 tgh
Perasmi : Ikon Sukan Negara - Sdr. Nor Azlan Bakar (bekas Pemain Hoki Kebangsaan)

Sesi peRkongsian Ilmu: SeRI-25 merupakan satu daripada aktiviti sambutan 25 tahun Al-Amin. Ia merupakan siri perkongsian ilmu daripada beberapa orang pakar yang akan menyentuh pelbagai topik.  Pihak sekolah berhasrat untuk mendapat sumbangan RM2,500 bagi setiap sesi perkongsian bagi memenuhi tabung Yayasan Al-Amin. 

Siri seterusnya ialah pada
Hari: Ahad, 6 Mac 2011
Masa : 2.30 ptg
Tempat :Dewan Serbaguna SRIAAG
Penceramah  : Prof Madya Dr Anisah Abd Ghani ( Univ Malaya)
Anjuran: PPAA, IKRAM Gombak, IKRAM Ampang Jaya, PIBG SMIAAG, PIBG SRIAAG, PIBG SRIAAKL

Alumni Giving Back – inisiatif Alumni AA sebanyak 16 batch yang akan mengumpulkan kutipan sebanyak lebih kurang RM80,000 – RM100,000

Tabung Dana RM1.11J pada 11.11.11
Kutipan yang mensasarkan RM1.11juta pada 11 November 2011 bagi mengisi tabung Yayasan Al-Amin
Tabung ini akan dilancarkan semasa Temasya Sukan AA esok (5 Mac 2011)

Sebagai kenangan:
  1. Cenderahati sambutan 25 tahun – payung, pen, badge, dll
  2. Buku Kelestarian Sistem Pendidikan Bersepadu – Model Pendidikan Al-Amin

Boleh dibeli semasa program atau dapatkan di sekolah

Sila beri sokongan kepada aktiviti sambutan AA-25 tahun

Wednesday 2 March 2011

Buku Kelestarian Sistem Pendidikan Bersepadu- Model Pusat Pendidkan Al-Amin

Buku kecil ini menghimpunkan beberapa artikel yang memberi pandangan dan pengalaman dalam sistem pendidikan Islam.  Pengalaman menguruskan sebuah sekolah swasta yang memperkasakan sistem pendidikan bersepadu dikongsi dalam penulisan ini.  Penulis-penulis ini adalah terdiri daripada guru, pengetua, guru besar dan ahli-ahli lembaga Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) dan PIBG.

Penulisan ini diharap dapat mewarnai lagi penulisan sedia ada dalam aspek pendidikan.  Ianya dituju kepada mereka yang meminati pendidikan Islam, pengusaha sekolah, ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendalami pengetahuan sistem pendidikan bersepadu yang dipraktikkan.

Artikel yang dituliskan adalah hasil pengalaman kami di Pusat Pendidikan Al-Amin dan terbahagi kepada sistem pendidikan, kurikulum, perlaksanaan, pengurusan dan kewangan.  Penulisan sebegini adalah julung-julung kali diterbitkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di bawah Jawatankuasa JIM Media dan saya bagi pihak PPAA amat berharap kesinambungan penulisan topik sebegini tidak akan terhenti di sini sahaja. Penerbitan ini amat bertepatan juga sempena sambutan 25 tahun – Jubli Perak bagi sekolah PPAA pada tahun 2011. Buku ini juga boleh didapati di pejabat sekolah Al-Amin dengan harga RM20 senaskah.