Friday, 9 December 2011
Friday, 18 November 2011
Menyumbanglah demi generasi salih wa muslih dalam Majlis Hi-Tea Amal - 15 Oktober 2011
Sumbangan yang memberansangkan daripada kalangan ibu-bapa yang kini dan terdahulu sungguh mengharukan. InsyaAllah majlis ini akan terus memberi kebarakahan kepada semua warga PPAA.
Antara foto-foto pada majlis tersebut:
Lihat foto lagi di: sini
Antara foto-foto pada majlis tersebut:
Lihat foto lagi di: sini
Thursday, 17 November 2011
Karnival Al-Amin 2011
Satu acara gemilang yang menggabungkan kesemua sekolah di bawah PPAA sempena menyambut 25 tahun Pusat Pendidikan Al-Amin akan diadakan pada 24 sehingga 26 Disember 2011. Pelbagai acara akan dilaksanakan bersama-sama dengan jualan buku dan pakaian sekolah bagi tahun persekolahan 2012. Program berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan sasaran utama adalah keluarga /murid/ pelajar Al-Amin dan juga terbuka kepada umum.
Objektif:
a) Sempena sambutan 25 tahun PPAA
b) Menambah kutipan bagi Tabung Yayasan Al-Amin
c) Sempena jualan buku dan pakaian sekolah
d) Mempereratkan hubungan warga PPAA
Tarikh: 24 Dis – 26 Dis 2011
Tema: Teruskan permuafakatan demi generasi salih wa muslih
Tempat: Semua sekolah – SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL dan SRIAAWP
Aktiviti Utama:
- Sewa Tapak Jualan – bertujuan untuk promosi dan jualan, antaranya ialah kereta, motosikal, basikal, pakaian, buku, produk kesihatan dan telekomunikasi
- Kaunseling untuk lepasan SPM dan sewa booth untuk kolej/IPT
- Showcase Pertubuhan IKRAM Malaysia
- Pertandingan aktiviti sukan terpilih dan permainan ‘indoor’
- Makan Malam Amal disertai majlis anugerah dan pelancaran buku sambutan 25 tahun (coffee table)
- Wacana dan talk show
- Pertandingan Perbahasan, Pidato, Sajak dll
- Pertandingan Bakat Kecil
- Pameran Sekolah
- Jualan Buku dan Pakaian Sekolah
Penganjur Utama: Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin
Penganjur Bersama: SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL dan SRIAAWP, Persatuan Bekas Pelajar Al-Amin (OASIS)
Disokong oleh: PIBG (SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL), IKRAM Gombak dan IKRAM Ampang Jaya
Tuesday, 4 October 2011
Majlis Hi-Tea Amal Tabung Yayasan Al-Amin: Menyumbanglah demi Generasi Salih wa Muslih
Meja dan kerusi masih banyak lagi untuk diberi sumbangan. Jom sumbanglah ke Majlis Hi-Tea Amal Tabung Yayasan Al-Amin.
Sila klik di sini untuk Borang Jawapan Sumbangan Majlis Hi-Tea
Sila respon sebelum/pada 10 Oktober 2011
Sila klik di sini untuk Borang Jawapan Sumbangan Majlis Hi-Tea
Sila respon sebelum/pada 10 Oktober 2011
Tabung Yayasan Al-Amin
PPAA mampu terus beroperasi dan menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dengan pengorbanan daripada pelbagai pihak terutamanya:
- Guru dan staf menerima ganjaran di bawah pasaran
Guru dan staf PPAA mempunyai komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak di sekolah. Jika dibandingkan dengan bentuk ganjaran yang diperolehi oleh rakan sekerja dalam perkhidmatan kerajaan, pakej ganjaran yang mereka nikmati di PPAA adalah jauh lebih rendah.
- Ibu bapa sukarelawan dan dermawan
Peranan yang dimainkan oleh ibu-bapa secara sukarela ini amat besar maknanya dalam menjayakan sistem pendidikan bersepadu ini. Tidak mungkin guru mampu memberi tunjuk ajar kesemuanya kepada pelajar tanpa penglibatan ibu bapa. Selain dari menjadi sukarelawan dalam pelbagai aktiviti sekolah, ibu-bapa juga menjadi antara penyumbang utama keperluan kewangan sekolah. Banyak pembiayaan program kokurikulum dan juga penyelenggaraan fasiliti sekolah dibiayai oleh ibu bapa.
Selepas 25 tahun beroperasi, PPAA menyedari bahawa perkembangan dalam dunia pendidikan perlu disokong oleh kewangan yang mantap dan stabil. Selain daripada memastikan infrastruktur, perkhidmatan serta pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkualiti, sudah sampai masanya pelajar dan staf yang telah menjadi sebahagian daripada warga setia PPAA diberikan insentif yang sewajarnya. Untuk menampung hasrat ini, PPAA dengan khususnya telah mewujudkan Tabung Yayasan Al-Amin.
Dalam usaha untuk mengisi Tabung Yayasan Al-Amin, kutipan dana RM1,111,111.11 pada 11.11.11 dilancarkan. Antara tujuan kutipan sumbangan tabung ini ialah:
- memberi pembiayaan kepada pelajar yang diuji Allah
- membantu pelajar cemerlang tetapi kurang mampu
- meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara amnya.
- membantu kebajikan guru dan staf PPAA
Daripada pengalaman yang lepas, beberapa sumbangan yang sudah dilaksanakan ialah:
- Pelajar yang diuji Allah
Tabung anak yatim yang telah diwujudkan pada pertengahan 2006 dimulakan dengan sumbangan individu sebanyak RM10,150, dan ditambah sebanyak RM3,000 oleh Yayasan Universiti Multimedia (YUM) pada tahun 2010. Sebanyak RM12,540.70 telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar yang kematian ibu-bapa atau penjaga serta mereka yang diuji Allah dengan ketidakmampuan untuk membayar yuran persekolahan. Sumbangan pertama bermula semasa majlis eidulfitri tahun 2007. Baki terkini adalah RM 609.30 (pada 1 April 2011)
- Pemberian diskaun yuran bagi pelajar cemerlang lepasan PMR
Pelajar yang mendapat keputusan 9A dalam PMR telah mendapat diskaun dalam yuran persekolahan bagi Tingkatan 4 dan 5 di SMIAAG. Setakat ini sejumlah RM145,440 telah dibelanjakan untuk diskaun yuran pelajar cemerlang dari tahun 2007 sehingga 2010.
Oleh itu, kami menyeru para dermawan untuk terus memberi sumbangan anda dengan menggunakan borang yg disediakan untuk tabung ini. Menyumbanglah demi generasi salih wa muslih.
==================Borang Sumbangan================================
Borang Sumbangan untuk Tabung Yayasan Al-Amin bagi kutipan dana RM1,111,111.11 pada 11.11.11
Saya ………………………………………………………………… bersetuju untuk memberi sumbangan kepada Tabung Yayasan ‘Al-Amin’ secara:
|
|
Maklumat Bank:
No akaun: 14162010002551
Nama akaun: Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Bank: BIMB Cawangan UIA
@
No. akaun: 5622 0961 8255
Nama akaun: Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Bank: Maybank Islamic Cawangan Melawati
Sila hantar slip bank beserta nama pemberi sumbangan dan no. telefon untuk tujuan pemantauan rekod sumbangan:
Emel: wanf10@yahoo.com.my atau
Faks: +603 61878126
UP: Puan Wan Faridah Wan Abas
Tuesday, 20 September 2011
Majlis Hi-Tea Amal Tabung Yayasan Al-Amin: Menyumbanglah demi Generasi Salih wa Muslih
Satu lagi inisiatif PPAAB dalam usaha bagi mengisi kutipan Dana RM1,111,111.11 dengan penganjuran Majlis Hi-Tea Amal untuk mengumpulkan para penderma budiman yang sudi hadir dan menyumbang demi mencapai objektif berikut:
a) Menambah kutipan dana RM1,111,111.111 pada 11.11.11 sempena sambutan 25 tahun PPAA
b) Mempereratkan hubungan antara pihak yang berkepentingan dengan PPAA
c) Memperkasakan kebajikan para guru di PPAA yang telah berkhidmat dalam memajukan institusi Pendidikan Al-Amin
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh: 15 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa: 3.00 ptg – 5.30 ptg
Tempat: Dataran Al-Amin Gombak
Personaliti Jemputan: Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman aka Zaharuddin.net
(Tajuk: Cabaran Generasi Salih wa Muslih dalam memperkukuhkan ekonomi)
Anjuran: Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
dengan Kerjasama: Koperasi Pusat Pendidikan Al-Amin Selangor Bhd (KOPPAA)
dan diSokong: PIBG (SMIAA, SRIAAG dan SRIAAKL), IKRAM Gombak dan IKRAM Ampang Jaya serta Persatuan Bekas Pelajar Al-Amin (OASIS)
Tema: Menyumbanglah demi Generasi Salih wa Muslih
Penaung: Dato’ Dr. Musa bin Mohd. Nordin, Mantan Presiden FIMA (Federation of Islamic Medical Associations)
Kami memohon agar ibu-bapa boleh memberi respon dengan mengisi borang yang disediakan dan seterusnya menghantar kepada sekolah masing-masing pada atau sebelum 10 Oktober 2011. Kami mendoakan agar ibu-bapa semua akan terus diberikan rezeki dan ganjaran daripada Allah SWT.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada: En Sharizal: 017-235641/Pn Yani: 03-61872430
“Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, maka ia (pada saat itu) akan merayu: ‘Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau tangguhkan ajalku sebentar sahaja, supaya aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk dari orang-orang yang salih.” (Surah Al-Munafiqun, ayat 10)
==========================================================
Borang Jawapan:
Kepada:
Sekretariat Majlis Hi-Tea Amal untuk Tabung Yayasan Al-Amin
Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Borang Sumbangan Majlis Hi-Tea Amal untuk Tabung Yayasan Al-Amin
Nama: ……………………………….…………..
Alamat: ……………………………………………..
………………………………………………
No. Tel (P) / Bimbit: ………………………
Emel: ……………………………………..
Saya bersetuju untuk memberi sumbangan kepada Majlis Hi-Tea - Tabung Yayasan Al-Amin sebanyak:
........ RM10,000.00/meja
........ RM5,000.00/meja
........ RM3,000.00 /meja
........ RM ……………… bagi …………. Meja / Kerusi*
*(bilangan kerusi untuk setiap pakej iaitu RM1000.00/kerusi atau RM500.00/kerusi atau RM300.00/kerusi)
Kaedah sumbangan:
i) Tunai sebanyak RM ….…………
ii) Kad kredit sebanyak RM ….…………
iii) Cek bernombor ................................... sebanyak RM ……..…….
Maklumat Bank:
No akaun: 14162010002551
Nama akaun: Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Bank: BIMB Cawangan UIA
No akaun: 562209618255
Nama akaun: Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad
Bank: MBB Cawangan Melawati
Sila hantar slip bank beserta nama pemberi sumbangan dan no. telefon untuk tujuan pemantauan rekod sumbangan:
Emel: wanf10@yahoo.com.my atau
Faks: +603 61878126
UP: Puan Wan Faridah Wan Abas
Subscribe to:
Posts (Atom)



