Satu acara gemilang yang menggabungkan kesemua sekolah di bawah PPAA sempena menyambut 25 tahun Pusat Pendidikan Al-Amin akan diadakan pada 24 sehingga 26 Disember 2011. Pelbagai acara akan dilaksanakan bersama-sama dengan jualan buku dan pakaian sekolah bagi tahun persekolahan 2012. Program berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan sasaran utama adalah keluarga /murid/ pelajar Al-Amin dan juga terbuka kepada umum.
Objektif:
a) Sempena sambutan 25 tahun PPAA
b) Menambah kutipan bagi Tabung Yayasan Al-Amin
c) Sempena jualan buku dan pakaian sekolah
d) Mempereratkan hubungan warga PPAA
Tarikh: 24 Dis – 26 Dis 2011
Tema: Teruskan permuafakatan demi generasi salih wa muslih
Tempat: Semua sekolah – SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL dan SRIAAWP
Aktiviti Utama:
- Sewa Tapak Jualan – bertujuan untuk promosi dan jualan, antaranya ialah kereta, motosikal, basikal, pakaian, buku, produk kesihatan dan telekomunikasi
- Kaunseling untuk lepasan SPM dan sewa booth untuk kolej/IPT
- Showcase Pertubuhan IKRAM Malaysia
- Pertandingan aktiviti sukan terpilih dan permainan ‘indoor’
- Makan Malam Amal disertai majlis anugerah dan pelancaran buku sambutan 25 tahun (coffee table)
- Wacana dan talk show
- Pertandingan Perbahasan, Pidato, Sajak dll
- Pertandingan Bakat Kecil
- Pameran Sekolah
- Jualan Buku dan Pakaian Sekolah
Penganjur Utama: Lembaga Pengelola Pusat Pendidikan Al-Amin
Penganjur Bersama: SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL dan SRIAAWP, Persatuan Bekas Pelajar Al-Amin (OASIS)
Disokong oleh: PIBG (SMIAAG, SRIAAG, SRIAAKL), IKRAM Gombak dan IKRAM Ampang Jaya
Maklumat lanjut akan diumumkan nanti.