Perutusan daripada Pengerusi PPAA Berhad

Meraikan 25 tahun Perkembangan dalam Pendidikan Islam

PPAAB ingin mengadakan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan Al Amin. Sambutan ini bermula dengan Karnival Sukan yang akan diadakan bersama  semua sekolah Menengah dan Rendah di bawah PPAA. Berbeza dengan tahun sebelum ini, sukan dilaksanakan oleh setiap sekolah tetapi pada tahun ini kita akan menjemput VIP untuk merasmikan karnival sukan yang  melibatkan ketiga-tiga sekolah pada satu ketika dengan acara utama dan akan menjemput wakil daripada sekolah lain. Acara yang lain boleh dijalankan di setiap sekolah sebelum karnival ini. Dengan ini, ia memperlihatkan kekuatan Al Amin pada hari pelancaran Jubli Perak.
Bagi menyambut 25 tahun penubuhan Al Amin ini,  kita ingin juga menubuhkan Yayasan Al Amin. Satu kutipan dana yang disasarkan ialah RM 1,111,111 atau RM1.11Juta  akan dilancarkan pada Karnival Sukan sehingga tarikh tutup  pada 11 November 2011 (11.11.2011). Tujuan Yayasan ini adalah untuk membantu pelajar dan juga guru - guru dari segi kebajikan dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Kita sedar bahawa sekolah ini adalah menampung masyarakat kelas pertengahan dan yuran yang dikenakan tidaklah tinggi dan juga dikutip secara bulanan walhal banyak sekolah swasta mengenakan secara semester. Yuran ini tidak dapat menampung pembangunan sekolah serta peningkatan gaji guru setiap tahun.Untuk mengatasi perkara ini ada juga kita mendapat bahagian zakat dan juga sumbangan. Ini juga masih tidak  dapat menampung pembangunan yang memerlukan jutaan ringgit. Antara tujuan Yayasan ini adalah supaya syarikat korporat dapat menyumbang terutama untuk kebajikan guru serta pembangunan sekolah.
Sejajar dengan sambutan 25  tahun ini PPAAB dengan kerjasama JIM Media telah menerbitkan buku yang menggambarkan kelestarian Pusat Pendidikan Al-Amin dan boleh di dapati di sekolah Rendah dan Menengah dengan harga hanya RM 10. Buku ini banyak memberi gambaran kepada masyarakat ibu bapa bagaimana PPAAB berjalan sehingga hari ini dan masih kekal keunggulannya.
Kita mengharapkan agar semua keluarga Al Amin dapat menyumbang dalam apa jua bentuk kepada sambutan Jubli Perak ini.
Sekian. Wassalam.
Tuan Hj. Shaharom Md Shariff
Pengerusi PPAA Bhd